Panduan yang perlu diketahui sebelum memulakan smocking
Mulakan smocking dengan menyimpulkan hujung benang, masukkan jarum dari kedut pertama bahagian bawah dan keluarkan ke atas permukaan fabrik untuk smocking.
Mulakan kerja smocking dari kiri ke kanan. Sekiranya kidal, mulakan dari kanan ke kiri.
Sentiasa pastikan benang menghala ke bawah apabila membuat jahitan menaik.
Sentiasa pastikan benang menghala ke atas apabila membuat jahitan menurun
Sentiasa pastikan jarum dalam keadaan lurus selari dengan jahitan – horizontal, atau 90 darjah dengan jalur kedut.
Cara Memegang Jarum
Jangan sesekali menjahit 2 kedut bersama, kerana ini akan mencacatkan hasil kerja anda.
Gunakan jaluran benang kedut sebagai panduan, ini bertujuan memastikan jahitan anda kemas dan lurus.
Sekiranya paten smocking mempunyai motif ditengah-tengah fabrik, mulakan jahitan dibahagian tengah, dengan mengambil 2 pleats, satu pleat untuk ke kiri dan satu pleat untuk kekanan. Mulakan dari tengah-tengah fabrik pergi kehujung fabrik (sama ada kiri atau kanan) dan pusing semula ke bahagian tengah.
Pastikan benang disimpulkan disetiap penghujung jahitan
Jahitan smocking anda seharusnya kelihatan seperti manik-manik (timbul) disekeliling kedutan.
Seeloknya latihkan diri anda pada cebisan fabrik yang kecil untuk mendapatkan ketegangan yang betul sebelum anda memulakan pada projek yang lebih besar.